AHLAN WASAHLAN

Saturday, April 17, 2010

PASTI Bilal Raih Tempat Ke-3

SANDAKAN, 4 April 2010: Pasti Bilal Bin Rabah telah berjaya meraih tempat ke-3 keseluruhan dalam Temasya Sukaneka PASTI Zon Sandakan untuk kali yang ke-19. Pada tahun ini terdapat 12 kontinjen mengambil bahagian, yang terdiri daripada PASTI dalam daerah Sandakan dan Kinabatangan.

Walaupun baru 2 tahun beroperasi, PASTI Bilal mampu memberi saingan yang hebat kepada PASTI-PASTI yang jauh lebih lama dan lebih berpengalaman dalam setiap acara yang dipertandingkan. Antara penyumbang pingat dan mata kepada PASTI Bilal ialah daripada acara perbarisan yang mana PASTI Bilal telah diisytiharkan sebagai johan, di samping johan, naib johan dan tempat ketiga dalam beberapa acara sukaneka.

Acara yang julung-julung kalinya diadakan di Kompleks Sukan Sandakan ini (sebelum ini di Padang Majlis Perbandaran Sandakan) telah dimenangi oleh PASTI Umar al-Khattab, Tmn. Indah Jaya untuk tahun ke-7 berturut-turut. Sementara naib johan ialah daripada PASTI Khalid al-Walid, Kg. Tinosa 2 Sandakan.

Antara acara yang dipertandingkan termasuklah lari berganti-ganti 4 X 50 meter, tiup belon, isi air dalam botol, bawa bola ping pong guna sudu, tarik tali dan 'turn a ball'. Selain itu, terdapat juga acara untuk kaum bapa iaitu tarik tali, jaring gol guna tumit dan timang bola takraw. Manakala untuk kaum ibu pula, acara menganyam ketupat, gubahan dan mengait benang disediakan oleh penganjur.

Pembacaan ikrar kejohanan oleh pelajar-pelajar PASTI

Setiap kontinjen mengambil tempat di hadapan pentas utama

Antara ibu bapa yang datang memeriahkan suasana

Antara aksi yang sempat dirakamkan: acara bawa bola ping pong guna sudu

Tahniah buat kontinjen PASTI Bilal Bin Rabah!

Wednesday, April 14, 2010

Sejarah Penubuhan PASTI Bilal

PASTI Bilal Bin Rabah Sandakan mula beroperasi pada tahun 2009. Dirasmikan oleh Pengarah PASTI Negeri Sabah, Ust. Anuar Ali pada 12 Rejab 1430H bersamaan 5 Julai 2009M. Tertelak di Flat MPS Karamunting, Jln. Batu Sapi, Sandakan. Dalam tahun pertama penubuhannya, ia telah menerima lebih kurang 32 orang pelajar khususnya kanak-kanak yang tinggal di kawasan sekitar. PASTI ini dikendalikan oleh 2 orang guru. Iaitu Cikgu Yusma Waren dan Cikgu Jumriani Lasimpoh.

Perasmian bangunan PASTI Bilal oleh Ust. Anuar Ali

PASTI Bilal Bin Rabah: semoga tetap teguh dalam memberikan pendidikan berteraskan Islam

 
Copyright © 2010 PASTI BILAL BIN RABAH SANDAKAN | Design : Noyod.Com